Spesifikasi & Model Air Cooler 100L+ untuk Sewa di Selangor & Kuala Lumpur
Untuk penyejukan ruang luas seperti dewan event, khemah luar, warehouse, surau dan kawasan komersial, unit air cooler kapasiti 100 liter ke atas (100L+) adalah pilihan paling berkesan. Berbeza dengan unit ruji kecil yang hanya sesuai untuk bilik tertutup, model 100L+ direka untuk penyejukan heavy-duty dengan aliran udara yang jauh lebih kuat dan tangki air yang lebih besar, sekali gus membolehkan operasi berterusan sepanjang hari tanpa perlu isi air kerap kali.
Setiap model dalam senarai di bawah mempunyai kapasiti tangki, keluaran aliran udara dan kesesuaian ruang yang berbeza. Sebagai contoh, unit 100L sesuai untuk dewan sederhana dan surau, manakala unit 150L ke atas lebih sesuai untuk warehouse, workshop dan kawasan outdoor yang terbuka. Pasukan kami akan membantu anda memilih model yang paling tepat berdasarkan saiz ruang, ketinggian siling, bilangan tetamu dan jenis aktiviti.
Semua unit diselenggara sepenuhnya sebelum disewa, termasuk pembersian tangki, semakan pam air dan kipas. Kami juga menyediakan free delivery untuk lokasi dalam radius 30KM merangkumi Selangor dan Kuala Lumpur, serta pengutipan selepas tamat tempoh sewaan. Harga yang dipaparkan adalah anggaran sewaan harian; quotation rasmi akan disediakan melalui WhatsApp berdasarkan bilangan unit dan tempoh sebenar.
Hubungi kami di 019-222 6955 untuk semakan stok model dan tempahan tarikh anda.
AC-100 Heavy Duty
Dewan & Surau
Unit air cooler 100L dengan kipas berkuasa tinggi sesuai untuk dewan sederhana, surau dan bilik operasi. Tangki besar membolehkan penyejukan berterusan sepanjang hari.
AC-150 Industrial
Warehouse & Workshop
Unit 150L dengan aliran udara lebih kuat untuk warehouse, workshop dan kawasan outdoor. Sesuai untuk ruang terbuka dengan ketinggian siling tinggi.
AC-200 Event Pro
Event & Outdoor
Unit 200L direka khas untuk event besar, khemah luar dan kawasan komersial yang luas. Penyejukan maksimum untuk tetamu ramai sepanjang majlis.